Tabung Shopping Kami

Man & Leen

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Amirul Haziq

Lilypie Kids Birthday tickers

Tasymin Nur Auni

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 29, 2011

:: Latihan Sekerat Hari ::


Sepanjang tahun ni.. ni la kali pertama kena g Program Latihan Berasaskan Kompetensi (CBT)... ape tuh?... ntahle... yang pasti kehadiran adalah WAJIB..... 

smlm balik awal.. kol 11 dh balik.. ingat sempat nak ziarah anak sepupu abah meninggal.. Arwah kena kanser payudara.. umur baru 35 tahun.. tp tak sempat. dh dikebumikan kol 11 tu.. so terus jek la blk umah..

pg ni sampai ofis npk surat ni..

blur.. pakek hp jek..

Latihan sekerat ari.. pagi sampai tghr... kat Hotel Grand Seasons... hikhikhik.. agak2 pastu bleh balik terus ke ekkkk.... (monteng jek taw)

Buku Log kt bawah ni baru 1st time nak pakai.. selama ni mana ada pnh g bengkel2 ni bagai... baru jek donlod kt intranet.. 


Lambat lagi... hujung bulan 7.... ape daaaaaaa... excited tak hengat.. sesaje jek post entry ni sbb tak tau nk tulih ape... otak beku.... maleh nk buat koje..... 

Sunday, June 26, 2011

:: Lovely Moment Giveaway ::

Mama Habib buat Ga lagi sempena anniversary ke4 nye.. tahniah ek in advance kepada Zura... Ni kali kedua i join GA Zura.. ari tu pon dh dapat adiah dari Habib.. FM comel yg dh sticky kt esbok kt umah tu.. Sebagai tanda sokongan.. serta tahniah kepada Zura.. I nak join lagi Ga beliau.. 


Klik banner ni utk join.. n follow sume syarat2...


I nak share picture Lovely Moment ni ngan Pn. Zuran dan hubbynye.. pic ni diambil oleh OP kami Ajiem dari Bayu Alam.Fotodesign.. dan diedit oleh Mierul.. Gambar ni spontan jek... kebetulan ada epal hantaran kt tepi katil.. capai jek/.. terus kandid picture tu.. FYI kebanyakan picture Lovely Moment kami pada 30.10.2010 adalah kandid dan banyak gelak2.. tak reti nk koreh2 amek gambo ni.. So ini picture nye..



Puan Zura dan suami.. tahniah ek utk anniversary both of u.. hopefully.. kali ni random.org akan pilih saye lagi mcm GA dulu utk menang hadiah.. hikhikhikhik..


 Happy 4th Anniversary... 

Thursday, June 23, 2011

:: MAKAN ANGIN BERSAMA GENKCORNER ::

Jenjalan kat blog Puan ini lagi... tengok ada satu GA yg banner nye sgt comel.. nak cuba nasib gak la.... 

http://genkcorner.blogspot.com/2011/05/segmen-makan-angin-bersama-genkcorner.html# 

Cepat.. tarikh tutup dia sampai genap 100 peserta jek.... skang dah ada 80++... 

I nak tag  sume kengkawan yang baca entry ini... 

:: KFC Pulok Bagi Diskaun ::

Hehehehehe... bleh beli ari ni..... sebenornya i dah ngendeng laling nak kan cover transformers utk netbook tu... so since KFC baik ati bg diskaun... lagi teruja.... hohohohohohoho..... amek la kengkawan.... jom kite pakat2 beli... sah hingga 31 Julai 2011.. bleh beli malam tu utk sahur esknye.... hikhihk.. tp takot cover transformers tu habih doh..... 



cepat... amek ni...... 

:: SEGMEN : "ADY BUDIKA NAK KASI OLE-OLE DARI LONDON" ::

Kengkawan semua... Ady Budika nak kasik ole-ole dari London (nama lain bg Bandung mengikut beliau).... 


Join ni sesaje suke2... masa suke2 jengok blog Puan Asyifa terjumpe entry segmen ni. Pn. Asyifa ni geng kat Mama Bloggers... 
pastu suke2 la kite join segmen Ady ni yang nanti nak g makan angin ke London (Bandung) atas urusan suke2... 
So kite harap nanti random.org tu suke2 la pilih kite utk dapat ole-ole dari Ady... 

Jom kengkawan... kite suke2 join segmen beliau....  

:: Kerana Kopi O Ais kah? ::

adakah kerana ini... 


saye jadi begini....




Huaaaaa..... sakit perut... kembong weh... org ingat aku pegnen..... member2 kate sbb minum ais... smlm pon saye minum kopi o ais gek.... angin gek perut.... 

Hadoilaa....

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

:: Pre Loved Novel ::

Layari 




untuk tengok novel2 pre loved i untuk dijual..... 


:: Pizza Hut Kasik Voucher ::

Kengkawan.. sape nak makan pizza ... cepat amek voucher ni g redeem... 


Valid dari 22 Jun - 24 Jun saje..... yg besh delivery pon boleyyyyyyy..... 

Sunday, June 19, 2011

:: Monday Blues ::


Nape kalo setiap hari Monday jek mcm maleh nak g keje... tapi tiap kali hari Monday kol 3.30 dah terjaga... pastu takleh nak lelap lagi... nak kacau en. hubby kang kena marah lak.... jd pejam la mata ngereng2 kot2 la bleh tido sampai la alarm pertama 4.15am.. pejam mata jap.. alarm kedua 4.30 kejut hubby mangon soh dia tido kt luar.. nanti teman i mandi.... masak air since i takleh mandi air sejok pg2 nanti sempot.. kol 4.45 baru g mandi... 5.30 dah kuar umah... huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... malas...... tula rutin harian i...  

mood : boring.... padahal manyak jek keje...... 

Saturday, June 18, 2011

:: GA Like N Menang Mama Rayyan ::

Dah lama tak join GA.. Ari ni i nak join GA yang dianjurkan oleh Mama Rayyan.. ari tu dh penah masuk GA beliau.. Untuk menyokong beliau.. i nak join lagi GA dia.. sangat sempoi.... jom kite join reramai...


Klik banner ni dan uols akan diterbangkan ke entry GA ni.. :)

GA ni utk vote beliau kt contest yg beliau join.... sambil2 kite vote mane taw kite berpeluang dpt hadiah dari beliau lak... due date tak nampak lak kat entry beliau tu... 

i nak tag  Oshin sayang dan kakak risa sayang..

Friday, June 17, 2011

:: HARI INI DI TAHUN YANG LEPAS ::

Pada hari ini di tahun yang lepas kami masih berchenta-chentaan... 
3 bulan menjadi tunangan..

Pada hari ini di tahun yang lepas.. saya tempah cupcakes dari anak mak angkat saya... 
cupcakes berwarna biru

Pada hari ini pada tahun yang lepas.. saya hadiahkan 2 pasang kemeja 
(tak pernah pakai sampai skang masih tinggal kt umah kakaknya)...

Pada hari ini pada tahun yang lepas.. saya belanje dia makan kat Istana Budaya..

Tapi pada hari ini.. di tahun ini tiada apa yang mampu saya berikan padanya.. 
selain dari sekeping kad yang diletakkan di atas bantal sebelum dia masuk bilik malam tadi..

Pada hari ini.. saya hadiahkan diri saya iaitu isterinya sebagai hadiah... semoga ianya lebih bermakna dari yang lain kerana cinta saya tidak boleh ditukarkan dengan hadiah...

Suamiku... 

SELAMAT HARI LAHIR......

Ayang sayang Abang.....  


Wednesday, June 15, 2011

:: Ms Ladybee Blogshop ::

Hehehehe...

Malu ar.. tapi kena gak promote kan.. i ada blogshop yg jual brg2 pre-loved.. novel2 dlm koleksi dan mungkin akan mengembangkan sayap utk menjual barang2 lain...

So... mintak u ols jengok2 la blogshop i tu ek.. mane taw kot2 terkenan kat ati tu.. kite bleh pakat2 rege nya....

sila klik kat bawah ni ye...


mekaseh ye.... :)

Monday, June 13, 2011

:: All In One ::

Bukan printer je yang ada all in one ek.... inilah i pada hari ini (Selasa 14 Jun 2011)...

Nak muntah..
 +
Demam
 +
Saket kepala

+

Perut ngilu2.. 



Sekian, terima kasih

Sunday, June 12, 2011

:: Pap Smear ~ Jangan Abaikan.. ::

Pap Smear: Pertahanan Terbaik melawan Kanser Serviks

Pap Smear: Bukan Main-main
Pap smear merupakan pemeriksaan penting yang diketahui ramai, bukan terhad kepada wanita sahaja malahan lelaki. Ayah dan teman lelaki kamu pun mungkin pernah dengar mengenainya. Ia satu ujian yang digunakan untuk mengesan sebarng keabnormalan dalam serviks wanita. Mak dan kakak kamu mungkin pernah melakukan Pap smear sekurang-kurangnya sekali.
Pap smear sebenarnya kependekan untuk Papanicolau smear. Ia merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa sebarang perubahan dalam serviks wanita. Kamu masih ingatkan, yang serviks tu struktur berbonjol daripada uterus yang menampung bayi semasa dalam kandungan. Inilah bahagian uterus yang membuka kepada vagina. Serviks melalui perubahan semasa kitaran haid wanita dan semasa mengandung.
Pap smear dijalankan oleh doktor pakar ataupun pakar sakit puan. Sampel lelehan serviks atau mukus daripada serviks diambil dengan memasukkan putik kapas dan memusingkannya pada permukaan serviks. Sampel kemudiannya disapukan pada slaid dan dilihat di bawah peralatan sains yang dipanggil mikroskop. Mikroskop membolehkan pemeriksa untuk melihat komponen-komponen lelehan. Pap smear digunakan untuk mengesan kanser serviks atau sebarang jangkitan yang terdapat semasa pemeriksaan.
Berapa kerapkah harus saya jalani Pap smear?
Pap smear merupakan ujian saringan yang digunakan untuk memeriksa penyakit di serviks wanita yang tidak mempunyai sejarah penyakit serviks seperti kanser
Picture 1

serviks.Terdapat beberapa panduan yang digunakan oleh doktor apabila menjalani Pap smear. Pap smear pertama biasanya dilakukan tiga tahun selepas persetubuhan pertama kali dilakukan. Sesetengah panduan mengesyorkan menjalani Pap smear setiap 2 hingga 3 tahun sementara ada yang mengesyorkan pemeriksaan Pap smear untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks, setiap tahun sehinggalah mencecah umur 30.
Apakah Pap smear yang tidak normal?
Apabila menjalani Pap smear, pemeriksa biasanya akan memeriksa sel-sel luar biasa. Sel-sel luar biasa akan kelihatan lain daripada sel biasa. Ia mungkin mempunyai warna berlainan apabila dicampurkan dengan pewarna tertentu dan mungkin mempunyai saiz dan bentuk yang pelik. Kehadiran sel luar biasa mungkin menunjukkan berlakunya kanser serviks atau terdapatnya jangkitan. Sebelum kamu jadi lebih risau, lebih baik kamu tahu yang tak semua keputusan abnormal Pap smear bermaksud terdapatnya kanser serviks.
Keputusan Abnormal Pap Smear
Hasil ujian Pap smear mungkin mengandungi banyak istilah perubatan yang menakutkan kamu. Berikut merupakan beberapa istilah yang biasa dan maksudnya:
  • Sel Skuamus Atipikal. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang mungkin disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin berkembang menjadi kanser.
  • Displasia. Ini bermakna yang sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Displasia bukannya kanser. Walau bagaimanapun, dysplasia mungkin, tapi tak semestinya berkembang menjadi kanser serviks
Jenis-jenis Displasia
  • SILSquamous Intraepithelial Lesion. Ini bermakna yang sel leper nipis di permukaan luar serviks kamu dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang berbentuk parah mungkin berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.
  • CINCervical Intraepithelial Neoplasia. Ini bermakna terdapat pertumbuhan tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.
  • Carcinoma in situ (CIS).Ini bukannya kanser serviks. Ini merupakan salah satu bentuk SIL yang memberitahu kamu yang sel yang berkemungkinan berkembang menjadi kanser adalah terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.
Ambil Perhatian: Pap Smear Tidak Normal!!!
Apabila Pap smear menunjukkan keputusan tidak normal, doktor kamu mungkin melakukan perkara-perkara berikut:
  • Mengulangi pemeriksaan Pap smear
  • Memberi ubat seperti Krim Estrogen. Keabnormalan dalam serviks mungkin biasa semasamenopaus apabila hormon seks seperti estrogen mengurang. Sekiranya estrogen rendah yang menyebabkan keabnormalan dalam serviks, hasil pemeriksaan sepatutnya semakin positif selepas menggunakan krim estrogen.
  • Melakukan kolposkopi. Apabila melakukan kolposkopi, doktor kamu akan menggunakan peralatan yang dipanggil kolposkop untuk memeriksa serviks. Semasa prosedur ini, doktor akan menyapu larutan cuka lembut pada permukaan serviks. Kawasan yang bertukar menjadi putih selepas penyapuan larutan tersebut akan dianggap sebagai tidak normal.
  • Melakukan biopsi dengan mengambil sebahagian kecil permukaan serviks dan menghantarnya ke makmal untuk ujian. Melalui biopsy, doktor kamu boleh menentukan sama ada terdapat keabnormalan yang dijumpa semasa Pap smear atau kolposkopi adalah disebabkan kanser ataupun tidak.
Picture 2
Kanser Serviks
Kanser serviks menunjukkan pertumbuhan keabnormalan dalam serviks. Serviks merupakan bahagian bawah uterus. Ia merupakan struktur berbentuk bonjol dengan permukaan yang kaya dengan sel. Sel ini mungkin menjadi kanser apabila terdedah kepada organisma tertentu seperti Human Papilloma Virus (HPV), menghisap rokok dan jangkitan kelamin.
Meningkatkan Risiko Kanser Serviks
Berikut merupakan antara faktor yang dikatakan boleh meningkatkan peluang wanita mendapat kanser serviks:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus. Jangkitan HPV merupakan penyebab paling umum kanser serviks. Virus yang menyebabkan kanser serviks tergolong dalam keluarga virus yang sama yang menyebabkan ketuat genital. Seks tanpa perlindungan mungkin meningkatkan peluang menyebabkan jangkitan HPV kerana seseorang itu mungkin mendapat jangkitan akibat sentuhan dengan kulit yang dijangkiti. Kebanyakan wanita boleh dijangkiti oleh virus tapi tak semua akan berkembang menjadi kanser serviks. Ujian Pap smear boleh menunjukkan terdapatnya jangkitan HPV.
  • Melakukan seks ketika masih muda.
  • Bertukar-tukar pasangan atau mempunyai pasangan yang kerap bertukar-tukar pasangan.
  • Genetik. Sekiranya ahli keluarga atau ada saudara kamu yang mempunyai kanser serviks, kamu mungkin mempunyai risiko mendapat kanser tersebut.
  • Merokok. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Kehamilan. Ada juga kehamilan dan kelahiran bayi yang boleh meningkatkan peluang mendapat kanser serviks. Kurang jelas kenapa ia berlaku.
  • Penyakit Jangkitan Kelamin(STI). Terdapat perkaitan rapat antara beberapa jenis STI dan perkembangan kanser serviks.
  • Sistem Imun LemahStres dan diet yang keterlaluan mungkin melemahkan sistem imun kamu. Sesetengah wanita, walau dijangkiti HPV, mungkin tidak mendapat kanser serviks kerana pertahanan tubuh mereka, sistem imun lah tu, kuat untuk melawan jangkitan. Apabila sistem imun semakin lemah, seorang wanita mempunyai kemungkinan mendapat kanser serviks.
  • Diet. Diet yang kurang dengan sayur dan buah mungkin menyebabkan kamu tak cukup zat. Jadi lemahlah sistem imun kamu!
Mencegah Kanser Serviks (Barah Pangkal Rahim)
Sentiasa berjaga-jaga dan melindungi diri anda sepenuhnya, pasti merupakan salah satu cara terbaik. Berikut merupakan cadangan yang boleh kamu buat untuk mengelakkan kanser yang menakutkan tu.
  • Pakai perlindungan ketika melakukan seks.
  • Elakkan melakukan seks ketika masih muda.
  • Berhenti merokok.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur. Kekal cergas!
  • Jalani pemeriksaan Pap smear.
  • Dapatkan suntikan vaksin. Vaksin yang digunakan untuk mencegah kanser servik ada di pasaran. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi budak perempuan seawal umur 9 tahun sudah boleh mendapatkan vaksin tersebut. Tanyalah pada doktor kamu mengenainya

** Nota Dihujung kaki : copy Paste dari KOTEX

pagi ni 13/6/2011 ada appointment.. doktor kata pasal rahim terbalik ngan piyed singkat tu normal... tp pap smear tetap dibuat td.. i terdengar cam dia sosek2 yg kurang enak.. tp utk sedapkan ati dia kata nnti result pap smear kuar, kalau abnormal kite akan call utk appointment semula.. huhuhuhuuuuhu... takot... dua kali di kobeknye tadi.. seb bek doktor pompuan.. kalo laki... malu............. ngilu masih terasa.. hopefully takde ape2....

kawan2 sume... jangan baikan ujian pap smear ni.. tak saket pon... ngilu jek.. mcm ni dia buat.. 

image from mr. gugel :)

Cegah kanser serviks dari awal.... 

Thursday, June 9, 2011

:: Sepanjang Hidup ::



Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


ABANG.. MEKASEH ATAS SEGALANYA... SEPANJANG HIDUP AYANG AKAN SAYANG ABANG... mood munge2 di pagi Jumaat

:: HARI INI DALAM SEJARAH ::

Berbaju batik 09.06.2011


Pada hari ini (Khamis) 2 bulan yg lalu jam 4.40 petang dalam hujan lebat i yg kedek2 ni jalan tak la laju sgt.. tp cam nk kejar bas gek la... tak dan tunggu 4.30 i dh mintak ngan bos nk gerak awal... nk nek bas kol 5..

dalam jln2, kt lorong tu jln la kt kaki lima belakang kedai tu... nk teduh la kengkonon.... sekali terpijak kulit telur...... bedebukkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! tidakkkkk.... rupanye i terjatuh nokssss.... terduduk sambil menongkat siku... amek kaw.... bengkak... seb bek tak patah... 

ni refresh entry hasil pertemuan ngan tuan doktor... 13 jun ni (senin) hari appointment.. nk tgk ape pula kate doktor... baru bleh fikir ape nk buat...doakan tadek yg serius ek....

mmmmm... baju seperti gambar di atas ngan jaket tu la yg i pakai masa jatuh.... malu ooooooooooooo... seb bek tadek org... nape muke ku tembam gituw.... huhuhuhuhu

jgn gelak... bye... slmt mlm jumaat... enchek suami... cepat la balik... hehehehehehe

:: LUNCHEON @ OPISHHHH ::

Memandangkan En. Husin lempoyang tido di tghr... i dgn malasnya ke kantain yg terletak sebelah jek opish ni...

Ni utk lunch ari ni..

Nasi 1/2, telur mata kerbau, tauhu jepun, udang kunyit RM3.50

ni utk cuci mulut..

Cengkelat ladybugs.. RM1.50 sebatang.. beli kt member opish sebelah... sedap ade choc rice dlm dia..
Sekian.... hambar sbb tak baper selera nk mkn.... 


Wednesday, June 8, 2011

:: Mood tah ape-ape ::

Skang ni i rasa mood boleh berubah2... kekadang sensentap... mudah no nak ngalir air mata... tgk tv citer sedey sket tumpang sekaki leleh air mata... 

beberapa hari ni selera mkn bertambah2... nenen pon mcm bengkak sbb terasa bra ketat sket.. kt bwh perut pon saket.. ada masa pening2... rasa perut melugai tp tak muntah... pastu ms BW kt blog Puan Andam dan Adik Noya ni... terbaca la entry dorang tu.... mula rasa semacam... tp tak ckp kt hubby.. cuma ari tu ada bgtaw dia saket yg dialami tu... pastu dia ckp "tu pasai Papa tak bagi Mama amek tapai masa kenduri kawen tu".. nti kebocoran...

Hekkkk.... i baru piyed 30/05 - 01/06 ari tu.. baru baper ari... next week ada appointment yg pasai Uterus Retroverted tu... 

Tadi mak angkat yg keje kat Maternity Lab bagi ni... 

Amek kaww... 4 strip beserta container

huahuahuahua... dorang yg terlebey excited... sepupu ai pon beria soh test.... hehehehe.. kalo ade... Alhamdulillah.... bersyukur kepada Allah... tp i tamo over excited... tu sume rezeki kan... lambat ngan cepat jek.... doakan yg terbaek aje.... Tahniah kepada kengkawan yg pegnen.. taking care.. lebiu all... 

(kena ke tajuk entry ngan isi kandungannya tu ek)... tah ape-ape tah... 

:: Walimatul Urus ::


Bila tiba cuti sekolah... musim orang kawen pon ramai.... berderet kad undangan yang diterima... gambo kt atas tu kad undangan utk 4&5 Jun... sedara dan kawan2 parents... Mak balik umah opah kat Slim River.. so i n hubby menjadi pemandu kepada abah untuk penuhi jemputan kawen ni... hehehehe.. i excited g sbb nk kan cenderahati tu... i kan mengumpul seseme tu.... 

Kenduri 04 jun 2011 .. i like.... ada muffin sebijik dia tempek kt kotak tu... 

Kenduri 5 Jun 2011. dlm ni ada sapu tgn, telur ngan kuih baulu

Kenduri 05 Jun 2011 ... cute kan... Black for Men.. Blue for Women.. dlm ada wajik ngan muffin
Minggu ni lak ada lagi kenduri... rancang2 nak g jemputan dari Hana Maria geng kat GHMB bersama Kakak Sayang dan Adek Sayang..

Meh le geng2 kt GHMB join kenduri ni kt Bentong... 


:: My Husband Workstation ::

Ini entry tentang Enchek Suami sayang...

Kat umah bila balik je first2 mesti tgk ikan2 di akuariumnya.... bg makan... tgk2 kot ada ank kuar.... pastu bg makan kt ikan puyu ngan sang kengkura yg tau jek bila dia lalu kat akaurium diorang...

pastu tgk TV....

Pas siap2 mandi..solat... makan kt Aki's Corner @ umah Parents....

Pastu ni la koje dia... ngadap mende alah ni kt workstation dia... yg pasti atas tilam.. depan TV...

itulah rutin harian dia..... hehehehehe




Abaikan lah kesepahan yg anda sume npk..... yg pasti dia akan kemas kalau rasa dah semak.... huhuuhuhuhu... apepon.... dia ttp yg terbaek utk saye.... LEBIU ABANG.... panggilan manja Mama Papa dah bertukar Abang, Sayang sejak layan Nora Elena.... wekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk 

Friday, June 3, 2011

:: My Birthday ::

Cadang2 nk post entry ni hari rabu tu la.... tp tetibe kemalasan melanda... so mlm ni gigih la sikit mengepos entry ni... dlm kegembiraan melalui ulangtahun kelahiran Mama sbb dh ada Papa disisi walaupon Papa mlm tu just sengih2 tanpa menge'wish kt Mama... Wish hanya pada jam 8.04 pagi melalui SMS... adaka patot... tp takde hal la tu.. yg penting Mama sihat, happy disisi mereka2 yg mama sayang...
walaupon jauh sudut ati mama ni amat merindui arwah adik yg patutnya tahun ni nk bg kek Mango Cheese yg tak dpt dibeli tahun lepas... itu semua kenangan abadi dlm hidup Mama Leen... 

okeh.. namo sedey2... ni hadiah awal yg Mama dapat dari Papa.. diterima pada hari Jumaat 27 Mei 2011

Beli kat Parkson The Mall

Beli kt JJ Wangsa Maju.. Nak Redeem 30% hadiah besday dari Padini

Pada besday Mama tu mak angkat mama bagi kain pasang.... (sowi.. tak sompek nk snap pic.. ken tertinggal kt opis)... beliau suh buat baju raye.. kaler choking pink..... 

petang tu g cari hadiah extra utk pemenang GA yg mama leen buat tu.. pastu terus papa terpandang jam kaler pink... dia tanya "sayang nk tak?.. amekla hadiah besday"... terharu walaupon tak semahal jam kowang yg ratusan hengget... tp ni tanda syg papa kt mama... 1st time kasik hadiah besday taw... 

Yg itam tu jam Papa... pink tu comel kan....

Adinda MAma Leen si 'ain roxx awal2 sms soh amek kek kt aki's corner... nk tgk kek tu?...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kek ladybugs comel sgt... 2 biji dh di amek ayah ain ngan tukang masaknye...





mlm tu papa prepare dinner utk mama... menunya chicken wing masak kicap ngan sayur sawi...



last sekali smlm Ain Roxx kasik 2 ekor ladybugs ni utk hadiah mama... terharu... mekaseh syg kerana taw ape kakak mu ini syukeeeee...



Petang ni sebelum balik.... teringin nk makan Big Apple since ada terasa kembang2 tekak... tak taw la menape..... 

Yg stoberi tu mama dh makan ;)

Apepon terima kasih kerana mereka disekeliling mama amat sygkan mama... terima kasih kepada semua yg wish kt mama dari tengah mlm.. smpai hp mama habis bateri.. 
hikhikhik.. mama syg kamu sume.... 
xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...